Kolej Perubatan King Edward VII

Kolej Perubatan King Edward VII
King Edward VII College of Medicine
JenisKolej Awam
Ditubuhkan pada3 Julai 1905
Pembiayaan$120,000 sumbangan Yayasan Peringatan Raja Edward VII
PengetuaDr. Gerald Dudley Freer (Pengetua Pertama), Dr. George V. Allen (Pengetua Terakhir)
Lokasi, ,
PenggabunganBergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dan membentuk Universiti Malaya pada tahun 1949.

Penubuhan Kolej Perubatan King Edward VII adalah bermula dari isu kekurangan tenaga pembantu perubatan dan kesihatan awam di Singapura dan Pulau Pinang pada hujung tahun 1890-an.[1] Masalah ini telah disuarakan oleh suatu Lembaga Pendidikan pada April 1902. Maka dengan itu, prospek penubuhannya sendiri telah tercetus dari kalangan ahli lembaga. Kolej Perubatan King Edward VII telah ditubuhkan antara tahun 1905, merupakan pusat pengajian tinggi tertiari, yang juga merupakan induk asal atau kolej perintis kepada penubuhan Universiti Malaya di Kuala Lumpur dan Universiti Kebangsaan Singapura di Singapura. Pada tahun 1949, Kolej Perubatan King Edward VII telah bergabung dengan Kolej Raffles (Singapura) dibawah satu pentadbiran bagi membentuk Universiti Malaya.

  1. ^ Khoo, Kay Kim (2005). "Early Medical Education". 100 Years: The University of Malaya. Kuala Lumpur, Malaysia: University of Malaya Press. m/s. 1–2. ISBN 983-100-323-3. Cite has empty unknown parameter: |chapterurl= (bantuan)

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search